Thursday 7 September 2017

Kalender dan Cuti Umum Malaysia 2018

Kalender dan Cuti Umum Malaysia 2018


Tarikh Hari Cuti Negeri
1 Jan Isnin Tahun Baru Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
14 Jan Ahad Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan N. Sembilan
21 Jan Ahad Hari Keputeraan Sultan Kedah Kedah
31 Jan Rabu Hari Thaipusam Johor, Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor
1 Feb Khamis Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya
16 Feb Jumaat Tahun Baru Cina Semua Negeri
17 Feb Sabtu Tahun Baru Cina Hari Kedua Semua Negeri
18 Feb Ahad Cuti Tahun Baru Cina Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
4 Mac Ahad Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu Terengganu
23 Mac Jumaat Hari Keputeraan Sultan Johor Johor
30 Mac Jumaat Good Friday Sabah & Sarawak
14 Apr Sabtu Israk dan Mikraj Kedah, N. Sembilan & Perlis
15 Apr Ahad Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 Apr Khamis Hari Keputeraan Sultan Terengganu Terengganu
1 Mei Selasa Hari Pekerja Semua Negeri
7 Mei Isnin Hari Hol Pahang Pahang
17 Mei Khamis Awal Ramadan Johor, Kedah &
Melaka
17 Mei Khamis Hari Keputeraan Raja Perlis Perlis
29 Mei Selasa Hari Wesak Semua Negeri
30 Mei Rabu Pesta Kaamatan Labuan & Sabah
31 Mei Khamis Pesta Ka'amatan Hari Kedua Labuan & Sabah
1 Jun Jumaat Hari Gawai Sarawak
2 Jun Sabtu Hari Gawai Hari Kedua Sarawak
2 Jun Sabtu Hari Nuzul Al-Quran Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, N.
Sembilan, Sabah & Sarawak
15 Jun Jumaat Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
16 Jun Sabtu Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
17 Jun Ahad Cuti Hari Raya Aidilfitri Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
7 Jul Sabtu Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown Pulau Pinang
14 Jul Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Pulau Pinang
22 Jul Ahad Hari Sarawak Sarawak
22 Ogos Rabu Hari Raya Haji Semua Negeri
23 Ogos Khamis Hari Raya Haji Hari Kedua Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
31 Ogos Jumaat Hari Kebangsaan Semua Negeri
9 Sep Ahad Hari Keputeraan YDP Agong Semua Negeri
9 Sep Ahad Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak Sarawak
11 Sep Selasa Awal Muharram Semua Negeri
16 Sep Ahad Hari Malaysia Semua Negeri
17 Sep Isnin Cuti Hari Malaysia Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan &
Terengganu
6 Okt Sabtu Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah Sabah
12 Okt Jumaat Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka Melaka
15 Okt Isnin Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Johor
24 Okt Rabu Hari Keputeraan Sultan Pahang Pahang
2 Nov Jumaat Hari Keputeraan Sultan Perak Perak
6 Nov Selasa Hari Deepavali Semua Negeri kecuali Sarawak
11 Nov Ahad Hari Keputeraan Sultan Kelantan Kelantan
12 Nov Isnin Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua Kelantan
20 Nov Selasa Maulidur Rasul Semua Negeri
11 Dis Selasa Hari Keputeraan Sultan Selangor Selangor
25 Dis Selasa Hari Krismas Semua Negeri
Sumber: https://publicholidays.com.my/ms/2018-dates/

Wednesday 6 September 2017

Ikan Bakar Sedap di Melaka

Ikan Bakar Sedap di Melaka

Ikan Bakar Sedap di Melaka: Homestay dekat Ayer Keroh, Melaka yang murah dan selesa dekat kawasan Pelancongan


Kredit Gambar: Amrufm

Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong terutama di hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam, Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang terletak di Malim dan MITC.

Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.

Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di hidangkan di sini antaranya:
  • Siakap
  • Pari
  • Kembung
  • Kerapu
  • Merah
  • udang
  • Sotong
  • Ketam

Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya dan banyak lagi menu yang terdapat disini. Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan nasi lemak. Jadi sesiapa yang hendak makan ikan bakar dengan nasi putih memang tidak ada di sini.



Restoren Asam Pedas Sedap Dan Terkenal Di Melaka

Restoren Asam Pedas Sedap Dan Terkenal Di Melaka

Restoren Asam Pedas Sedap Dan Terkenal Di Melaka: Keenakannya asam pedas Melaka telah menjadi kebanggaan orang Melaka hinggakan ada yang menyebut jika ingin menikmati asam pedas yang 'sebenar', pergilah ke Melaka.


Homestay Kesidang Lia Melaka

Sebut sahaja asam pedas, sudah terbayang keenakannya yang menjadi kebanggaan orang Melaka. Ada yang menyebut jika ingin menikmati asam pedas yang 'sebenar', pergilah ke Melaka.

Tidak hairanlah restoran asam pedas banyak terdapat di bandar raya Melaka bagaikan cendawan tumbuh seperti di Banda Hilir, Kota Laksamana, Klebang, Bukit Cina dan sebagainya yang sentiasa menjadi tumpuan.

Di mana-mana sahaja anda berada, sudah pasti masakan asam pedas menjadi menu utama di kebanyakan restoran di bumi bersejarah ini.

Ini kerana masakan asam pedas boleh didapati di merata-rata restoran yang menyajikannya bukan sahaja pada waktu makan tengah hari, malah sehingga lewat pagi.

Di bawah ialah senarai restoren atau lokasi masakan asam pedas melaka yang sedap.

Kesidang Lia Homestay Melaka


Homestay Kesidang Lia Melaka

Kesidang Lia Homestay Melaka


1. Restoran Asam Pedas Selera Kampung
Asam Pedas Selera Kampung Sdn Bhd
No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir
75000 Malacca
Tel: +60 6-288 1799

Hanya lebih kurang 6.6 km dari Homestay Kesidang Lia.


2. Taman Kota Laksamana (Antaranya Rest.  Asam Pedas Pokok Besar )-  Buka malam sampai pagi.
86, Jalan Laksamana 5
Melaka, Malaysia
+60 12-680 0790

Lebih kurang 3.5 km dari Homestay Kesidang Lia


3.  Hajjah Mona
6, Jalan Laksamana 2
Taman Kota Laksamana, Melaka, Malaysia
+60 12-601 3676

Lebih kurang 3.5 km sahaja dari homestay




4.  Restoren Asam Pedas di Pasar Borong, Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka

Lebih kurang 5.7 km sahaja dari homestay


Kesidang Lia Homestay Melaka

5. Asam Pedas Power ( Depan Kubur Bersejarah Bukit China/ BSN)

6. Restoran Berkat Salam ( Bukit Katil ) ini best juga