Thursday 25 February 2016

Pelayaran Menakjubkan menaiki Melaka River Cruise


Jika berkunjung ke Melaka jangan lupa untuk mengalami pelayaran yang menakjubkan sejauh 9 km menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit sambil menikmati pemandangan indah, bangunan dan rumah-rumah kedai peninggalan era Belanda, rumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.


Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.



Melaka River Cruise merupakan ilham dan idea daripada Mantan Ketua Menteri Melaka yang ke-sembilan, Tan Sri  Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Untuk melihat Sungai Melaka maju setanding dengan Sungai St Antonio di Texas dan setaraf dengan Sungai Venice di Itali.

 Sehubungan itu Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pihak kerajaan Negeri Melaka telah menubuhkan Perkhidmatan Melaka River Cruise pada 11 November 2005

Diawal penubuhannya Melaka River Cruise, hanya mempunyai  2 buah bot yang beroperasi iaitu Tun Teja dengan kapasiti 20 orang penumpang dan Tun Fatimah dengan kapasiti 40 orang penumpang. Kini Melaka River Cruise beroperasi dengan 40 buah bot dengan 6 buah bot berkapasiti 20 penumpang dan 34 buah bot dengan kapasiti 40 penumpang

Setiap bot mempunyai nama yang diambil sempena nama para pembesar Negeri dan Negara yang telah banyak menabur jasa ke atas pembangunan Negeri Melaka.

Penumpang boleh membeli tiket dan menaiki bot di Taman Rempah atau di Dataran Muara Sungai Melaka. Perjalanan bermula di Taman Rempah Ratus hingga ke Muara Sungai Melaka dan berpatah balik ke Taman Rempah atau sebaliknya.

HARGA TIKET MELAKA RIVER CRUISE / MELAKA RIVER CRUISE TICKET PRICE
Bermula 1hb April 2015, kadar GST sebanyak 6% akan dikenakan kepada setiap tiket Melaka River Cruise.
 
Harga Tiket Hari Biasa (Isnin-Khamis)
1. Pelancong Tempatan Dewasa (13 tahun keatas) RM10.60
2. Pelancong Luar Negara Dewasa (13 tahun keatas) RM15.90
3. Pelancong Tempatan Kanak-Kanak (2-12 tahun) RM5.30
4. Pelancong Luar Negara Kanak-Kanak (2-12 tahun) RM7.50
5. Kanak-Kanak (Bawah 2 Tahun) Percuma
6. OKU Dewasa RM7.50
7. OKU Kanak-kanak RM5.30
8. Warga Emas (60 tahun ke atas) /Pelajar IPTA Dan IPTS (Kad Pelajar Di Sertakan) RM7.50

Harga Tiket Hari Minggu (Jumaat-Ahad) /Cuti Umum/Cuti Sekolah
1. Pelancong Tempatan Dewasa (13 tahun keatas) RM15.90
2. Pelancong Luar Negara Dewasa (13 tahun keatas) RM21.20
3. Pelancong Tempatan Kanak-Kanak (2-12 tahun) RM5.30
4. Pelancong Luar Negara Kanak-Kanak (2-12 tahun) RM7.50
5. Kanak-Kanak (Bawah 2 Tahun) Percuma
6. OKU Dewasa RM7.50
7. OKU Kanak-kanak RM5.30
8. Warga Emas (60 tahun ke atas) /Pelajar IPTA Dan IPTS (Kad Pelajar Di Sertakan) RM7.50

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka
Aras 9, Bangunan Graha Maju,
Jalan Graha Maju, 75300 Melaka.
Tel : +606 281 4322 / 23           
Faks : +606 281 4325
Website : www.ppspm.gov.my



SHARE THIS

Author:

Homestay Kesidang di Melaka menyediakan penginapan homestay yang murah dan selesa. Terdapat 2 unit homestay di bandar Melaka dan 1 unit di Bukit Katil. Kami juga ada menyediakan kereta sewa yang murah untuk di sewa samada kepada tetamu homestay atau sesiapa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat. Hubungi kami di Talian 017-9527363 untuk maklumat lanjut.

0 comments: